epics! Artikel busuk.org

Showing posts with label youtube. Show all posts
Showing posts with label youtube. Show all posts

Sunday, December 23, 2012

epic video! Yif, Art of Magic dari Taiwan


Mula2 epics tengok video Yif, Art of Magic ni, epics terkejut sebab tak sangka magic dia ni lain daripada magic2 yang pernah dilakukan oleh magician lain antaranya david blaine, copperfield, cyril dan houdini. dulu pernah ada magic show di ntv7 tapi sudah diberhentikan. ok, sebelum epics tunjukkan video2 Yif, Art of Magic ni. epics nak memperkenalkan background dia.

Nama sebenar dia adalah Wang Yifeng, atau lebih dikenali dengan panggilan Yif. Lahir pada tahun 1987 dan merupakan fantasi artis dari Paris, Perancis. Pada September 2012, video magic yang disiarkan di Internet telah mencetuskan perbincangan dan liputan media dan kemudiannya mendapat liputan meluas oleh para media.

Wang Yifeng dilahirkan di Beijing dan dibesarkan di Paris, Lapan tahun terdedah kepada seni magic. Pada umur 13, dia Yif telah dipindahkan kepada bidang seni sihir jarak dekat, sejak awal kuasa jiwa konsep, falsafah, psikologi, sains, terapung melalui pelbagai keupayaan dan dalam kajian mendalam teori pengetahuan dan Yif sering mengembara ke Eropah dan Amerika Syarikat untuk memahami ilmu seni ajaib.

Yif seringkali mempersembahkan gaya unik peribadi, termasuk kehilangan pemindahan objek perubahan segera, memulihkan idea bergerak, telepati terapung, ramalan, fenomena anti-fizikal dan besar optik, yang tidak disangka dan seni Asia iaitu gelombang ajaib. Dari sudut pandangan profesional, Yif mengagumi magician iaitu Armando Lucero dan Rene Lavand.

Ok. Cukup untuk pengenalan. Jom kita tengok beberapa video yang telah diupload oleh Yif di Youtube channel beliau.

1) Video bagaimana Iphone boleh tembus masuk kedalam botol.

2) Video Yif membuat duit bertukar-tukar kepada currency berlainan seperti dolar, pound, euro, etc.

3) Video ni antara feveret epics sebab... Yif keluarkan ice-cream daripada menu book!!! this is epics!!!

4) Video bagaimana Yif bend sudu menggunakan renungan mata dia.

5) Video ni antara feveret epics. Macamanalah dia wat isi buah tu bertukar tempat? mmg epics!!!

6) Video ni Yif tunjukkan bagaimana duit syiling boleh tembus ke dalam botol.

7) Video ni Yif tunjuk bagaimana dia gerakkan kacang daripada nasi.

8) Video ni banyak trick yang Yif tunjukkan.

9) Antara banyak2 video Yif, epics paling suka yang ni. Korang nampak tak roti panjang tu? Nak tahu daripada mana Yif keluarkan? Korang tengok la. Sampai harini, epics habis fikir macamana dia buat.

10) Video ni Yif tunjukkan duit syiling dan beberapa barang lain ditransfer ke dalam barang lain tanpa orang di sekeliling dia sedar.

11) Video ni antara feveret epics. Air bertukar jadi arak. Bukan epics suka arak tu, korang tengok macamana dia letak tangan tengah2 lepas tu dia tukarkan air mineral jadi arak. Memang mind blowing.

p/s: setakat hari ni, tu jer video yang Yif upload di channel youtube dia. Kalau korang nak get updates daripada video ni, korang subscribe jer kat channel Youtube dia. Memang best kot. Mesti korang akan tersenyum sorang2. :P

Wednesday, December 12, 2012

epic video fails! Parking kereta


kalau korang nak parking kereta pun, janganla menyusahkan orang lain. Tambah2 kalau double parking, memang mintak penampar la jawabnya. Kadang2 orang yang buat double parking ni, sebenarnya nak prank, tapi dah terlebih prank sehingga menyusahkan orang ramai.

Jom layan video fail ni.


p/s: try r wat kalau berani

Wednesday, October 3, 2012

epiclusive video! Goku menyelamatkan orang daripada accident


Korang nak percaya ke tak, korang tengok video ni dulu. real ni... Goku memang wujud... Sempat lagi selamatkan orang... Bila ada goku, mesti ada dragon ball...

Jom layan.



p/s: Amacam? Percaya tak? Real kot. Mana ada editing power mcmtu... mulai hari ini, epics bercita-cita nak jumpa Goku!

Monday, September 3, 2012

epic video! Stone Cold gaduh CM Punk kerana topup?


Stone Cold gaduh dengan CM Punk kerana topup? epics pun tgh tgk ni. Jom layan.



p/s: owh... mcmtu cerita dia.... :D

epic video! Ustaz Azhar, Ferrari dan Skuter

Korang da tengok Ustaz Azhar Idrus berlakon? Ni tengok video ni. Siap naik Ferrari lagi. Adoi. Pening kepala tengok. Hahahaha. Tapi memang sempoi lar ustaz. Terbaik habaq hang.

Jom layan...


p/s: Hahahaha. Ustaz Azhar Idrus berlakon filem lar pulok pahni ye. :P

Saturday, August 11, 2012

epic video! Rohingya true story that shocked everyone

mungkin kita tidak tahu apakah kisah sebenarnya yang berlaku terhadap etnik Rohingya di Myanmar. Video ini yang telah diedit dan dibuat khas khusus untuk menjelaskan kisah sedih dan menyayat hati etnik Rohingya yang saban hari di bunuh tanpa belas kasihan oleh etnik Rakhine iaitu salah satu kaum penganut agama Buddha di Myanmar. Sama2lah kita doakan kesejahteraan mereka, bantuan kewangan, pakaian, makanan atau apa sahaja agar mereka dapat hidup.

Kita sebagai manusia dan umat Islam perlu membantu mereka. Sebar2kanlah video ini agar masyarakat Malaysia dapat mengetahui kisah mereka.

Friday, April 13, 2012

epic video! Budak dibelasah teruk di Tesco KB

haish. kecoh semalam seorang remaja dibelasah orang ramai dan pak guard di tesco kb kerana mencuri. korang tengok video tu, mcm tu sekali budak tu cedera. mcm kena langgar kereta tu. konpom2 kepala dia pecah. adoi. bodoh betul lar orang ramai dgn pak guard yg pukul tu. apekah perlunya pukulan mcmtu untuk menghalang budak ni mencuri? kalau ye pun, tangkap, pukul skit2, lepas tu bg kepada polis. ni tidak, pukul mcm budak tu musuh islam. haish. mentaliti orang kita. sudah2lar.

epics mengutuk sekeras2nya tindakan yang diambil oleh orang ramai dan pak guard di tesco kb ni.



p/s: epics bangga kalau orang yg pukul tu dapat pertahan islam, negara dan negeri kalau musuh islam datang menyerang... tak bangga langsung kalau pukul orang islam yang mencuri mcm tu. undang2 kan ada. 

 updated : adoi. user tu dah remove video ni. takley tengok dah. hu4. :(

epic video! Wanita terbang dan cedera

wowowowow. wanita tu terbang. gila r. lepas tu... terhantuk atas batu. tulah. pilot tu dah bagitau dah, jangan duk blakang kapal terbang tu. tak dengar, terima lah sakitnya. kesian memang kesian, tapi tak patut kot bermain blakang tujahan enjin kapal terbang tu. silap, bahang dari enjin tu boleh membakar wanita tu. bahaya2.... jom tengok.




p/s: hurm. terkenang naek kapal terbang. dah lama tak naek. :(

Monday, March 19, 2012

epic video! Troll face di stadium bola

problems? hahaha. penyokong bola stadium turki marah apabila tidak dibenarkan bermain mercun dan mereka telah melakukan protes terhadap pihak stadium di sana dengan memaparkan muka troll ni. nak tahu besar mana troll face ni?

jom tengok.



p/s: kan best kalau penyokong Malaysia wat troll face kat stadium tanda protes terhadap FAM yang saban hari makin parah. FAM lah yang telah menyekat perkembangan bola sepak tanahair, tak boleh ditegur... :\

Sunday, March 18, 2012

epic video! Bila Fifa 2012 menjadi bahan lawak

hahahaha korang kena tengok fifa 2012 ni. memang epic fail!!! ada plak jadi raksasa player2 tu... hahaha. nak tengok apa lagi yang fail?

jom tengok.



p/s: tak pernah lagi dapat bug raksasa tu. hahahaha

Saturday, March 3, 2012

epic info! Loo Jo Yee dan Islam


Loo Jo Yee (sebelah kanan). Ada kisah menarik mengenai beliau. Mari kita kongsi cerita beliau.

Beliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber 'binti' kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.

epic video! Budak jatuh dari van tapi masih selamat

korang tengok video budak jatuh ni. macamane lar mak bapak dorang jaga.



p/s: naseb baek kat belakang van tu takder lori... kalau tak...

Wednesday, February 15, 2012

epic video! Tutorial Roket Sains

nak tahu macamane roket sains berfungsi? jom tengok video ni.

epic video! Kambing yang happy

jom lompat. jom lompat. jom lompat. hahaha.



p/s: comey giler kambing ni...

Sunday, February 12, 2012

epic video! Tupai berwarna ungu

cantik jugak tupai warna purple ni. kalau bela best gak ni. :D



p/s: mungkin tupai tu kena bahan kimia bromida yang warna purple tu, takpun dia telah minum yang telah dicemari bromida... haish... duniaku dah tercemar...

epic video! Siapakah pemilik kereta ini?

JUC 1. Sapekah pemilik kereta ini? Dahlar kereta tu pun dah meletup2 mahal, no plat pun nak mahal gak. epics rasa kereta ni belongs to Johor Royal. Sound kereta tu yang mahal tu.

jom tengok. :P



p/s: ganti ekzos kereta epics dengan ekzos buluh lar, baru meletop2 bunyinya...

Thursday, February 9, 2012

epic video! Jangan pernah berkata Tidak kepada Panda

Ni video lama tapi korang kena tengok gak. muka troll habis panda tu... damn. hahahahaha



p/s: sayangi panda.

epic video! Lagu Peterpan terbaru dari ahli Peterpan terbaru

"best2"... epics suka. teruskan menyanyi ye obed nugi. gantikan ariel terus ye.



p/s: mesti ariel tengah tension dah ada pesaing dia dalam peterpan.

p/s/s: mesti korang pun tension gak kan. :P

Wednesday, February 8, 2012

epic video! Spiderman SIlat Pulut

epics tak tahu kejadian ni berlaku katner tapi epics agak spiderman ni lepas shooting filem spiderman 3D yang baru tu. kahkahkah.



epic video! Sebab Ogy Ahmad Daud nak saman Johan Raja Lawak

hehehe. ni kontroversi ni. sape ntah compile kan. epics tengok video ni. macam patut gak sebenarnya Johan kena sound dengan Ogy, tapi kalau dah sampai saman-menyaman ni. tak payahlah. benda kutuk mengutuk antara diri-sendiri ni karma.

kita pernah buat kat orang lain, orang lain wat kat kita balik. kita laser kat orang, orang lagi laser kat kita. kalau benda mcmni, sepatutnya kita kenalah minta maaf dengan orang yang kita sakiti tu. tak guna bergaduh antara kita. Malaysia ni kecik jer. esok2 jumpa gak hidung dia kat kedai mamak... (hidung?)

jom layan.



p/s: epics nak minta maaf kalau pernah mengutuk kawan2 semua wey. epics ni pun laser gak ni. hahaha. ampun ya. kalau sape2 pernah terasa dengan epics, jumpa epics, epics belanja makan, lepas tu setel, k. :P