epics! Artikel busuk.org

Friday, January 20, 2012

epic news! Izwan Pilus meninggal dunia

Al-fatihah epics ucapkan kepada arwah Izwan Pilus yang telah ke rahmatullah pada jam 6.15 petang. epics dimaklumkan arwah terkena jangkitan kuman dalam darah dan jangkitan kencing tikus yang serius.

Arwah telah meninggal di Hospital Ampang dan jenazah Allahyarham dijangka dibawa pulang ke kampungnya di Jalan Taman Nyalas 2, Taman Nyalas Permai, Jasin, Melaka untuk dikebumikan pada pukul 11 pagi Sabtu.

Allahyarham yang popular dengan lagu Kembali Senyum telah dimasukkan ke hospital tersebut pada kira-kira pukul 12.30 tengah malam Jumaat selepas mengadu sesak nafas dan keadaannya semakin kritikal menjelang petang.

epics terjumpa gambar latest arwah sebelum meninggal dunia di blog tolongmalaysia. semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan golongan orang-orang soleh. amin.


0 comments:

Post a Comment

 
Related Posts with Thumbnails