epics! Artikel busuk.org

Tuesday, January 8, 2013

epic info! kisah sebenar tragedi Memali 1985


di-copy-paste tanpa editing daripada blog terjah minda!

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

untuk generasi baru yang tidak tahu apa2 mengenai tragedi memali, meh sini aku cuba ringkaskan tentang apakah yg berlaku pada tarikh berdarah 19 November 1985 itu.

1) Ustaz Ibrahim bin Mahmud (Ibrahim Libya) adalah seorg pendakwah yang disegani pada masa itu. Pernah berkhidmat dengan Pusat Islam Malaysia sebelum berhenti kerja bagi menumpukan kepada kerja2 dakwah secara bebas dan gerakerja bersama Pas.

2) beliau adalah org yang amat lantang menentang dan membantah kerajaan yang pada ketika itu begitu sekular dan bejat serta melakukan kezaliman terutamanya dari aspek agama Islam. Kehebatan pidato beliau menarik minat beribu umat yang khusyuk mendengar taujihat dan ilmu yang disampaikan. Pusat kuliahnya adalah di Kampung Memali, Baling, Kedah.

3) perkembangan ini amat tak disenangi kerajaan yang pada ketika itu diketuai oleh Tun M (PM masa tu) dan Tun Musa Hitam (TPM dan juga menteri dalam negeri).

4) dalam usaha untuk menghentikan pengaruh Ibrahim Libya, pelbagai tohmahan dan penipuan telah disebarkan oleh kerajaan melalui media2 seperti melabelkan Ibrahi Libya dan pengikutnya sebagai pengamal ajaran sesat dan seumpamanya.

5) merasakan tak cukup dengan melabelkan Ibrahim Libya - semakin ramai yang menghadiri ceramahnya - maka alasan demi alasan mula direkacipta oleh kerajaan untuk menangkap Ibrahim Libya.

6) akhirnya kerajaan dengan kerjasama polis, FRU dan pasukan polis hutan mula mengepung kampung memali. sepanjang seminggu kepungan, bilangan pasukan keselamatan yang berkampung di situ mencecah 3,000 orang. masing2 lengkap bersenjata bersama2 dengan pelbagai kelengkapan lain seperti kereta2 perisai, lori water cannon dan sebagainya. seolah2 mereka sedang bersedia nak berperang dengan komunis.

7) itulah antara tohmahan yang disebarkan di kalangan anggota polis - ada diantara mereka yang diyakinkan bahawa operasi ini adalah utk menggempur saki baki komunis. tetapi dalam masa yang sama, ada juga yang mengetahui mereka bukanlah merempuh komunis sebaliknya hanya menentang penduduk sebuah kampung yang hanya dilengkapi senjata kampung - parang, pisau, bulu ayam - tapi dek kerana arahan, depa terpaksa ikut.

8) rundingan demi rundingan cuba dilakukan oleh penduduk kampung - yang terdiri daripada orang tua, wanita dan kanak2 - tapi buntu. bagi pasukan polis, arahan jelas daripada KDN adalah utk menghapuskan Ibrahim Libya - hidup atau mati.

9) akhirnya selepas subuh, polis melancarkan serangan. apalah sangat senjata parang dan pisau jika dibandingkan dengan pistol dan sub machine-gun. apalah sangat kederat makcik2 kampung berbanding dengan polis yang memang dilatih khas.

10) pada mulanya, polis melepaskan gas peedih mata. seorang kanak2 yang terkena gas tersebut pengsan dengan mulutnya berbuih. kejadian itu menaikkan kemarahan seorg penduduk kampung bernama cikgu shafie yang nekad membalas kezaliman polis namun dia ditembak sebelum sempat dia merapati polis. bermula dari situ, serangan pun dilancarkan bertai arus.

11) selepas zohor, serangan pun dihentikan. 14 orang disahkan mati dengan ramai lagi cedera. operasi pembersihan segera dilakukan agar kejadian itu terlindung dari pengetahuan orang ramai. cerita sebenar terus dipastikan tidak sampai pada pengetahuan umum.

al fatihah untuk para syuhada memali.

kredit kepada Terjah Minda!


p/s: sekadar berkongsi.

Sunday, December 30, 2012

epic info! Jom stalk blog Cik Tasya Merapu

hehehehe. jom kita stalk blog awek cun. epics tengah bosan, tatau nak update pasal ape, so... epics pun blogwalking-blogwalking-blogwalking until jumpa blog cik tasya merapu ni. comey jugak cik tasya ni. rasa2 epics, cik tasya ni adalah baya adik epics. duk kemamang, ganu kiter. kalau tengok kat blog dia, epics boleh agak, tasya ni suka sangat kat hello kitty.... hehehe.

korang gi lar serbu blog dia, pakat like fanpage fb dia sebab dia banyak update benda2 yang kalau korang tak baca rugi, kalau korang baca takde pape effect. hahahaha.


blog beliau adalah cik tasya merapu.
facebook fanpage beliau adalah cik tasya merapu.
kalau ada twitter, follow lah beliau di cik.tasyaa.

p/s: bagi lelaki, jangan tengok mata dia lama2, t korang cair. :P

Friday, December 28, 2012

epic gambar! Biodata dan Gambar Shila Amzah


Nur Shahila Amir Hamzah, atau lebih dikenali sebagai Shila Amzah, ialah seorang penyanyi Malaysia yang mengangkat namanya sebagai naib juara musim kedua pertandingan nyanyian realiti One in a Million. Shila merupakan anak kepada penyanyi terkenal bergelar ND Lala.

Pada malam Grand Finale OIAM2, Shila diberi lagu baru bertajuk Memori Tercipta sebagai taruhan untuk merebut gelaran juara. Beliau tewas kepada Norayu Damit, namun kedua-dua mereka tetap diberi kontrak rakaman oleh Monkey Bone Records yang diketuai Ahmad Izham Omar.

Shila menang di pesta Penang Shanghai World Star Quest 2008 yang diadakan di Pulau Pinang bagi Anugerah Emas dan Lagu Terbaik.

Dalam sejarah tahun 2012, Shila Amzah iaitu penyanyi Malaysia layak ke peringkat akhir Asian Wave 2012. Penyanyi berbakat besar, Shila Amzah mencipta kejayaan dalam karier seninya apabila telah berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir pertandingan Asian Wave Berlangsung di Shanghai, China, pertandingan ini turut disertai oleh penyanyi-penyanyi dari Jepun, Korea, China, Thailand dan banyak lagi.

Daripada 30 orang peserta yang bertanding di peringkat awal, hanya 12 orang terpilih ke akhir dan Shila Amzah pulang sebagai Juara di Asian Wave Competition 2012 di Shanghai, China yang berlangsung pada 20 September 2012 lalu.

Dalam pusingan awal yang berlangsung daripada 31 Ogos sehingga 6 September lalu, Shila telah menyanyikan lagu 'Set Fire to the Rain' pada pusingan pertama dan pada pusingan kedua, lagu berjudul 'Forever Love' telah menjadi pilihannya.

Lagu yang dinyanyikan oleh Shila Amzah di Asian Wave 2012 peringkat akhir:
Lagu Gemilang - Jaclyn Victor
Lagu Grenade – Bruno Mars
Lagu Cina (Mandarin) – Tajuk: Zheng Fu by Na Ying

Shila Amzah telah disenaraikan sebagai calon di kategori Artis Wanita Terbaik Dunia (World's Best Female Artist) bersama Dato' Siti Nurhaliza & Penghibur Terbaik Dunia untuk Tahun 2012 (World's Best Entertainer Of The Year) di World Music Awards.

Dia akan bertanding dengan nama-nama besar dunia seperti Adele, Taylor Swift, Madonna, Kelly Clarkson dan ramai lagi. Undian boleh dilakukan di laman web rasmi World Music Awards. Shila Amzah juga akan beraksi di pentas di atas jemputan pihak World Music Awards sendiri. Anugerah berprestij ini akan diadakan di Miami, Florida, Amerika Syarikat.

Album Solo
Terima Kasih Guru(2000)
Sha-Hila(2005)
Bebaskan (2009)
TBA (2013)


Album Duo/Berkumpulan
5 Jingga (bersama Atilia Haron, Juwita Suwito, Hunny Madu dan Russel Curtis) (2008)
3 Suara (bersama Jaclyn Victor dan Ning Baizura) (2011)


Jingle Promosi
Beberapa single nyanyian Shila juga dijadikan jingle promo untuk iklan dan semuanya secara rasmi dijadikan lagu single di siaraya radio dan TV.

Berikut adalah senarainya:-
Hanya Kita - Kempen Clean & Clear's Malaysia Promo(2009)
Tunjukkan Cintamu - Kempen Cornetto's Love Promo (bersama RAN) (2009)
Best of Both Worlds - Kempen Disney Channel's Promo (bersama Miley Cyrus) (2009)
Rentak Optimis - Camnilah Muzik!'s Coca Cola Promo (bersama Dafi) (2009)
Through My Window - Kempen TM Net Everyone Connects (disertai oleh Bunkface, Tomok,Akim Ahmad, Dafi dan Stacy Angie Anam) (2009)
Ke Akhir Garisan - Kempen Impian Emas 1Malaysia Olimpik London (2012)


Anugerah
Bintang Kecil RTM
Tempat Kedua (Ibu)
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2000
(pencalonan) Artis Kanak-kanak Popular
One In A Million Season 2
Tempat Kedua (Stuck, Opps I Did It Again, Memori Tercipta)
Penang Shanghai World Star Quest 2008
Lagu Terbaik (Memori Tercipta)
**Anugerah Emas
Anugerah Industri Muzik ke 16
Persembahan Vokal Wanita Terbaik (Memori Tercipta)
Anugerah Planet Muzik 2010
Duo/Kumpulan Terbaik (3 Suara)
(pencalonan) Album Terbaik (3 Suara)
Anugerah Industri Muzik ke 18
Persembahan Vokal Duo/kumpulan Terbaik (3 Suara)
(pencalonan) Lagu Pop Terbaik (Beribu Sesalan)
(pencalonan) Album Terbaik (3 Suara)
Anugerah Juara Lagu ke 26
Naib Juara Keseluruhan (Beribu Sesalan)
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011
Artis Duo/Kumpulan Popular (3 Suara)
(pencalonan) Penyanyi Wanita Popular
Asian Wave 2012 (Shanghai, China)
Tempat Pertama
Anugerah Industri Muzik ke 19
(pencalonan) Persembahan Vokal Wanita Terbaik (Patah Seribu)
Lagu Pop Terbaik (Patah Seribu)
Lagu Terbaik (Patah Seribu)













p/s: macamane ye nak apply jadi shilalas... hahahah

Credit informasi daripada Wikipedia Shila Amzah.
Credit gambar daripada FB Shila Amzah.
Jom kita ramai2 like FB Shila Amzah.

Thursday, December 27, 2012

epic info! Biodata dan kisah hidup Tokku Paloh

Biodata Tokku Paloh

Nama sebenar: Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus.
Asal: Kampung Cabang Tiga, Kuala Terengganu, Terengganu.
Tahun lahir: 1817
Tahun wafat: 1917 (usia 100 tahun)
Sumbangan: Ulama besar Terengganu pada abad ke-19.



Penasihat utama Sultan Zainal Abidin III semarakkan semangat jihad Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau tentang penjajah British di Pahang. ULAMA Besar Terengganu pada abad ke-19, Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus atau Tokku Paloh Idrus, turut dikenali sebagai wali Allah yang penuh keramat serta sangat ditakuti penjajah.

Diceritakan pada suatu ketika, British cuba berunding dengan Sultan Terengganu iaitu Sultan Zainal Abidin III supaya membenarkan mereka menduduki kawasan Bukit Besar tetapi baginda menyuruh penjajah itu menemui Tokku Paloh. Baginda menyebut, “Terengganu ini ada tuannya, hendaklah berunding dengan tuannya terlebih dulu,” yang mungkin bermaksud bahawa Tokku Paloh adalah orang yang lebih berhak memutuskan permintaan berkenaan.

Mendengar jawapan Sultan Terengganu itu, sepasukan pegawai British kemudian bergerak ke rumah ulama itu untuk berunding. Tokku Paloh mengatakan bahawa mereka boleh ‘mengambil’ Bukit Besar dengan syarat bukit itu dibawa balik ke negeri mereka. “Kalau untuk mencampuri urusan pentadbiran kami, saya menolak walau atas alasan apa sekalipun tapi kalau hendak tanah, silakan. Isikan ke dalam armada tuan sebanyak mana yang pihak British mahu, ambillah tanah,” demikianlah jawapan ulama besar itu.

Mendengar jawapan sindiran ulama itu, British berasa sakit hati dan cuba menunjukkan kemarahan mereka dengan bangun daripada kerusi yang diduduki. Akan tetapi, dengan izin Allah, secara tiba-tiba kerusi yang diduduki penjajah melekat di punggung mereka.

Lalu Tokku Paloh menyindir, “Bukan Bukit Besar saja yang kamu mahu ambil, tapi kerusi saya pun kamu mahu ambil juga?” sekali gus menyebabkan British beredar dengan perasaan malu. Selepas peristiwa itu, British cuba berunding untuk kali kedua dan proses itu diadakan di atas kapal perang mereka yang besar. Ia bertujuan untuk mengugut ulama itu secara psikologi kononnya British memiliki angkatan perang yang besar dan mampu menyerang Terengganu jika hasrat mereka menduduki negeri itu dihalang.

Mereka menjemput Tokku Paloh ke kapal berkenaan tetapi ulama itu mengatakan bahawa kapal perang besar itu tak mampu bertahan jika beliau naik. Pihak British kemudian ketawa mengejek sebaik mendengar kata Tokku Paloh. Ulama itu kemudian naik ke kapal berkenaan dan dengan izin Allah juga, setiap kali Tokku Paloh menyengetkan serbannya ke kanan atau ke kiri, maka kapal besar itu turut senget. Keadaan itu mencemaskan pihak British sehingga mereka membatalkan rundingan itu serta merta.

Pada masa yang lain pula, penjajah itu cuba menghampiri perairan Terengganu tetapi mereka mula ketakutan sebaik melihat negeri itu dijaga pahlawan Melayu yang siap bersenjata sejauh mata memandang. Keadaan itu menyebabkan mereka takut menjajah Terengganu selagi Tokku Paloh masih hidup. Demikianlah antara beberapa kisah Tokku Paloh, seorang ulama besar yang berjaya menyekat penjajahan British pada peringkat awal di Terengganu.

Selain menjadi guru kepada Sultan Zainal Abidin III dan Haji Abdul Rahman Limbong iaitu pejuang penentang penjajah di Terengganu, ulama itu turut bertanggungjawab menyemarakkan semangat jihad di kalangan pejuang menentang penjajah di Pahang iaitu Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau. Peristiwa itu berlaku apabila pasukan pimpinan Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau hampir-hampir menyerah diri selepas mengalami tekanan dan serangan berterusan daripada tentera penjajah pimpinan Residen British, Hugh Clifford.

Keadaan tersepit itu menyebabkan mereka berlindung di hutan Terengganu dan menghubungi Tokku Paloh pada Mei 1894. Sebaik bertemu dengan ulama itu, mereka diberi perlindungan dan diajar ilmu untuk menentang musuh. Hasil perguruan singkat dengan ulama itu menyebabkan semangat kumpulan pejuang terbabit kembali membara dan mereka terus tekad melancarkan jihad menentang penjajah British di Pahang.

Walaupun dikenali sebagai ulama, Tokku Paloh turut membabitkan diri dalam bidang pentadbiran dan diplomatik di Terengganu apabila dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Terengganu selain penasihat utama Sultan dalam pelbagai hal.

Malah, ketegasan dan kepintarannya dalam hal ehwal diplomatik menyebabkan ulama itu sering diberi peluang mewakili Sultan untuk berunding dengan British hingga penjajah itu gagal menawan Terengganu.

Tokku Paloh dilahirkan pada 1817 di Kampung Cabang Tiga, Kuala Terengganu. Ulama itu mendapat pendidikan awal daripada bapanya sendiri iaitu Saiyid Muhammad al-Aidrus atau dikenali Tokku Tuan Besar, selain beberapa ulama tempatan sebelum berhijrah ke Makkah untuk mendalami ilmu agama dan menimba pengalaman.

Sekembalinya dari Makkah selepas kira-kira 10 tahun menuntut ilmu di sana, Tokku Paloh terus mengajar di masjid peninggalan ayahnya di Kampung Cabang Tiga, Terengganu sebelum membabitkan diri dalam bidang pentadbiran negeri.

Tokku Paloh memiliki banyak ilmu dalam bidang kerohanian terutama ilmu tasawauf dan sufi. Beliau juga menjadi khalifah kepada Tareqat Naqsyabandiah dan turut mengamal serta mengembangkan amalan Syahadat Tokku iaitu satu amalan yang disusun oleh bapanya. Kepercayaan Sultan Terengganu terhadap dirinya menyebabkan Tokku Paloh diamanahkan Sultan Zainal Abidin III untuk mentadbir kawasan Paloh selain mengawasi beberapa daerah di Hulu Terengganu antaranya Kuala Berang hingga Cabang Tiga.

Dalam usaha memastikan kawasan pentadbirannya terhindar daripada perbuatan maksiat dan pelanggaran undang-undang, Tokku Paloh menubuhkan pasukan penguat kuasanya sendiri yang dikenali sebagai Budak Raja. Pasukan Budak Raja ditugaskan menjaga keamanan sama seperti fungsi pasukan polis pada hari ini.

Bagi memastikan keselamatan dan kebajikan masyarakat setempat terjaga, Tokku Paloh gemar keluar pada malam hari malah pada hari tertentu, beliau keluar dengan mengenakan kain selubung di kepala.

Tindakannya itu bertujuan membolehkan beliau meninjau kehidupan masyarakat dan sekiranya beliau mendapati ada perkara tidak baik berlaku, Tokku Paloh akan memerintah Budak Raja membuat tangkapan pada keesokan hari.

Ulama itu juga memiliki mahkamah sendiri di Paloh untuk mengadili pesalah di kawasan pentadbirannya. Usaha beliau itu mendapat perkenan daripada pihak istana. Hubungan rapat antara Tokku Paloh dan Sultan Zainal Abidin menyebabkan baginda menyerahkan puteranya iaitu Tengku Sulaiman untuk dijadikan anak angkat dan murid Tokku Paloh.

Malah, seorang daripada isteri Tukku Paloh iaitu Tengku Mandak ialah kekanda Sultan Zainal Abidin III sendiri. Tokku Paloh meninggal dunia pada September 1917 selepas jatuh sakit pada usia 100 tahun. Tidak lama kemudian, Sultan Zainal Abidin III mangkat pada 26 November 1918. Selepas kewafatan ulama itu, barulah British berani dan berjaya menjajah Terengganu pada 24 Mei 1919.

Keturunan Rasulullah SAW

Dilahirkan pada tahun 1817 (1236 Hijrah) di Kg. Cabang Tiga, Kuala Terengganu, Tokku Paloh adalah nasab ke-32 daripada Rasulullah SAW di kalangan keluarga Al-Aidrus. Nasab sebelah bapanya sampai kepada Sayidina Hussein r.a. anak Sayidatina Fatimah Az-Zahrah r.ha. binti Rasulullah. lbunya, Hajah Aminah, ialah isteri pertama daripada beberapa orang isteri Sayid Muhammad yang terkenal dengan gelaran Tokku Tuan Besar.

Semasa pemerintahan Sultan Omar, Tokku Tuan Besar menjadi Syeikhul Ulama iaitu ketua seluruh ulama Terengganu, dan dianugeiahkan gelaran Paduka Raja Indra oleh baginda Sultan. Kedua-dua kedudukan itu menjadikan Tokku Tuan Besar sangat dihormati dan berpengaruh di kalangan istana dan rakyat keseluruhannya. Sebagai seorang ulama yang bertanggungjawab dan berpengaruh, Tokku Tuan Besar berusaha sehingga terlaksana hukum-hukum Islam secara meluas dalam sistem pentadbiran dan kehidupan di bawah pemerintahan Sultan Omar (memerintah 1839-1875), hingga Terengganu terus terkenal sebagai negeri yang berpegang teguh dengan Islam, di sekitar pertengahan abad ke-18 Masihi.

Menyedari pentingnya penyebaran ilmu agama dan bimbingan amal, maka Tokku Tuan Besar mendirikan masjid di Kampung Cabang Tiga. Masjid ini kini telah diubahsuai dan meriah dengan ahli jemaah. Di sinilah Tokku Tuan Besar yang juga pengarang beberapa buah kitab itu menyebarkan ilmu dan tarbiah kepada ramai anak muridnya dan anak-anaknya sendiri termasuk Sayid Abdul Rahman (Tokku Paloh).

Dengan itu nyatalah Tokku Paloh itu bukan saja berketurunan Rasulullah SAW yang mulia malah mendapat didikan dan asuhan dalam keluarga yang kuat beragama. Semua adik-beradiknya juga mempunyai keahlian dalam hal-ehwal agama dan di antara yang terkenal ialah Sayid Zain (dilantik menjadi Menteri Besar pada tahun 1864 oleh Sultan Omar), Sayid Ahmad (bergelar Tuan Ngah Seberang Baroh) dan Sayid Mustaffa (seorang ulama yang juga ahli Majlis Mesyuarat Negeri; merupakan salah seorang dan empat pembesar yang pernah diwakilkan memegang pemerintahan negeri sewaktu Sultan Zainal Abidin III melawat Siam pada Ogos 1896.

Di kalangan adik-beradiknya, Tokku Palohlah yang paling masyhur dan mempunyai banyak keistimewaan yang luar biasa.

Menurut cucunya Sayid Abdul Aziz, sejak kecilnya lagi sudah ada tanda-tanda pelik yang mengisyaratkan Tokku Paloh akan muncul menjadi orang penting masyarakat. Satu ketika semasa Tokku Paloh berada bersama ayahnya Tokku Tuan Besar, tiba-tiba saja Tokku Paloh melihat seorang yang berserban dan berjubah hijau memanggilnya. Tokku Tuan Besar menahannya seraya berkata, "Engkau jangan pergi dekat orang itu, nanti engkau tidak boleh bersama abah lagi."

Perkataan Tokku Tuan Besar itu tidak begitu pasti apa maksudnya. Tetapi yang nyala, Tokku Tuan Besar juga seorang yang kasyaf; dapat melihat kemunculan seorang yang berserban dan berjubah hijau itu. Siapa orangnya? Wallahu a'lam.

Cerita mengenai Tokku Paloh terlalu banyak sebenarnya. Tujuan epics buat entri ini dan share kepada semua adalah untuk kita sedar siapa sebenarnya kita ini di sisi Allah swt. Adakah hebat giler ilmu kita ini jika dibandingkan dengan orang-orang terdahulu terutamanya wali-wali Allah? Kenapa kita selalunya berfikir kita tidaklah sehebat wali Allah dan tak perlulah hidup cara Islam keseluruhannya? Kenapa kita hadkan pemikiran kita sampai di sini sahaja? Kita perlu sedar, sistem yang kita hadapi sekarang ni adalah sistem yang mengongkong hidup kita... Kita lihat contoh mudah, duit. Ungkapan seperti, 'kalau takde duit, tak boleh hidup', 'hidup kita perlu duit' dan macam2 lagi. Lihatlah, dengan mudahnya kita telah dipengaruhi oleh duit yang semata-mata dunia. Bilakah masanya kita akan berubah?

Sumber artikel yang best ini adalah daripada blog http://reasonofallreason.blogspot.com dan http://biodata-tokoh.blogspot.com/2010/08/tokko-paloh-1.html

Sunday, December 23, 2012

epic video! Yif, Art of Magic dari Taiwan


Mula2 epics tengok video Yif, Art of Magic ni, epics terkejut sebab tak sangka magic dia ni lain daripada magic2 yang pernah dilakukan oleh magician lain antaranya david blaine, copperfield, cyril dan houdini. dulu pernah ada magic show di ntv7 tapi sudah diberhentikan. ok, sebelum epics tunjukkan video2 Yif, Art of Magic ni. epics nak memperkenalkan background dia.

Nama sebenar dia adalah Wang Yifeng, atau lebih dikenali dengan panggilan Yif. Lahir pada tahun 1987 dan merupakan fantasi artis dari Paris, Perancis. Pada September 2012, video magic yang disiarkan di Internet telah mencetuskan perbincangan dan liputan media dan kemudiannya mendapat liputan meluas oleh para media.

Wang Yifeng dilahirkan di Beijing dan dibesarkan di Paris, Lapan tahun terdedah kepada seni magic. Pada umur 13, dia Yif telah dipindahkan kepada bidang seni sihir jarak dekat, sejak awal kuasa jiwa konsep, falsafah, psikologi, sains, terapung melalui pelbagai keupayaan dan dalam kajian mendalam teori pengetahuan dan Yif sering mengembara ke Eropah dan Amerika Syarikat untuk memahami ilmu seni ajaib.

Yif seringkali mempersembahkan gaya unik peribadi, termasuk kehilangan pemindahan objek perubahan segera, memulihkan idea bergerak, telepati terapung, ramalan, fenomena anti-fizikal dan besar optik, yang tidak disangka dan seni Asia iaitu gelombang ajaib. Dari sudut pandangan profesional, Yif mengagumi magician iaitu Armando Lucero dan Rene Lavand.

Ok. Cukup untuk pengenalan. Jom kita tengok beberapa video yang telah diupload oleh Yif di Youtube channel beliau.

1) Video bagaimana Iphone boleh tembus masuk kedalam botol.

2) Video Yif membuat duit bertukar-tukar kepada currency berlainan seperti dolar, pound, euro, etc.

3) Video ni antara feveret epics sebab... Yif keluarkan ice-cream daripada menu book!!! this is epics!!!

4) Video bagaimana Yif bend sudu menggunakan renungan mata dia.

5) Video ni antara feveret epics. Macamanalah dia wat isi buah tu bertukar tempat? mmg epics!!!

6) Video ni Yif tunjukkan bagaimana duit syiling boleh tembus ke dalam botol.

7) Video ni Yif tunjuk bagaimana dia gerakkan kacang daripada nasi.

8) Video ni banyak trick yang Yif tunjukkan.

9) Antara banyak2 video Yif, epics paling suka yang ni. Korang nampak tak roti panjang tu? Nak tahu daripada mana Yif keluarkan? Korang tengok la. Sampai harini, epics habis fikir macamana dia buat.

10) Video ni Yif tunjukkan duit syiling dan beberapa barang lain ditransfer ke dalam barang lain tanpa orang di sekeliling dia sedar.

11) Video ni antara feveret epics. Air bertukar jadi arak. Bukan epics suka arak tu, korang tengok macamana dia letak tangan tengah2 lepas tu dia tukarkan air mineral jadi arak. Memang mind blowing.

p/s: setakat hari ni, tu jer video yang Yif upload di channel youtube dia. Kalau korang nak get updates daripada video ni, korang subscribe jer kat channel Youtube dia. Memang best kot. Mesti korang akan tersenyum sorang2. :P

Wednesday, December 19, 2012

epic info! Nokia akan mengeluarkan tablet windowsnya pada bulan Februari



Nokia telah mengeluarkan berita tentang tablet sendiri selama hampir setahun tanpa apa-apa butiran kukuh, tetapi ia kelihatan seperti akan menjadi kenyataan di Kongres Dunia Mudah Alih nanti. DigiTimes melaporkan bahawa Microsoft, Qualcomm, dan Elektronik Compal meneruskan pembangunan Nokia Windows RT tablet 10-inci. Khabar angin tablet Nokia asalnya muncul awal tahun ini, dengan cadangan bahawa syarikat itu akan memilih untuk dwi-teras Qualcomm SoC dengan penghantaran awal 200,000 unit. Nokia dilaporkan menangguhkan Windows RT berikutan pengumuman Microsoft Surface.

Jika laporan adalah tepat, maka debut Mobile World Congress untuk tablet Nokia mungkin menjadi pentasnya. Kongres Dunia Mudah Alih adalah tempat yang lebih sesuai untuk telefon pintar dan usaha Nokia tablet untuk kembali menjadi syarikat mudah alih terulung. Walaupun epics tidak dapat mengesahkan spesifikasi tablet Nokia, sumber-sumber telah mendedahkan kepada kita bahawa AT & T merancang untuk membeli saham tablet Nokia tahun depan. Ketua Jurutera Rekabentuk Nokia, Marko Ahtisaari, mendedahkan awal tahun ini bahawa dia menghabiskan satu pertiga daripada masanya merekabentuk tablet Nokia yang akan datang. Walaupun permulaan perlahan untuk Windows 8 tablet dan Windows RT, tablet Nokia berwarna-warni boleh memberi kelainan kepada Windows RT dan Windows 8 khususnya.

p/s: Windows RT adalah windows yang diletakkan ke dalam tablet ataupun device mudah alih. kalau korang nak tahu Windows RT tu lebih lanjut, pergi kat wikipedia sini.

p/s: macam menarik. tak sabar nak tunggu kemunculannya.

epic info! Malware puteraduyong.com serang busuk.org, ohbelog dan blog epics

pagi tadi sehingga tengahari tadi, blog epics telah diserang dengan malware. setelah epics bertungkus lumus mencari puncanya, epics telah menjumpai malware tersebut datang daripada blog puteraduyong.com. walaupun blog epics tidak mempunyai link tersembunyi daripada puteraduyong, malware ini telah appear melalui link daripada widget busuk. di busuk.org, epics telah contact admin busuk dan beliau telah banned dan delete article puteraduyong.com daripada widget trafik busuk. hal ini telah dapat menghentikan penyebaran malware tersebut. malware ini dikatakan mengandungi trojan oleh google dan telah disenaraihitamkan oleh mereka.



epics pun tidak tahu sampai bila puteraduyong.com akan membuang malware tersebut kerana akibat tindakan admin puteraduyong.com, epics boleh katakan semua blogger yang mempunyai widget traffik busuk akan terjejas sekiranya artikel daripada puteraduyong.com terpapar di blog mereka. epics harap semua blogger dapat alert dengan blog sendiri kerana janganlah berblog sehingga menyusahkan orang lain. kerana mengejar trafik, sanggup memulaukan blog lain. epics harap perkara ini dijadikan pengajaran buat semua. kalau korang tengok dalam screenshot kat atas, ohbelog.com pun dah terkesan dengan malware dari puteraduyong.com ni. apelah malas sangat admin puteraduyong.com ni buat, takkanlah nak kejar traffik sehingga lupa blogger lain.

sekiranya korang nak check sama ada blog korang mempunyai malware atau tidak, silalah check di sucuri sitecheck. website ini akan menerangkan kepada korang tentang blog masing2. harap maklum. :D



p/s: nuffnangx.com pun malware gak ke? hurm... 


epic video! Niat murni menyelamatkan beruang


epics tengok video ni. memang touching. bagus betul orang putih tu tolong beruang tu. kita ni tak perlu nak jadi baik untuk menolong orang atau sesuatu. jom layan video.

p/s: :)